KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS
Berikut adalah bahagian-bahagian yang diperolehi oleh ahli waris berdasarkan hukum faraid.
Bahagian Diperolehi Suami Kepada Simati
1/2 Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
1/4 Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki
Bahagian Diperolehi Isteri Kepada Simati
1/4 Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki
1/8 Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki
Bahagian Diperolehi Anak Perempuan Simati
1/2 Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
2/3 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki
Bahagian Diperolehi Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati
1/2 Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
2/3 Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak
1/6 Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan
seorang anak perempuan
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
Terhalang Adanya anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih
Bahagian Diperolehi Bapa Simati
1/6 Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan ASABAH Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki
ASABAH Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Bahagian Diperolehi Ibu Kepada simati
1/6 Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri
Bahagian Diperolehi Datuk Kepada simati
Sama seperti bapa Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa
Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Seibu Sebapa Kepada Simati
1/2 Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah
ASABAH Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk
Terhalang Adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Sebapa
1/2 Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
1/6 Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa
ASABAH Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
Terhalang 1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung
Bahagian Diperolehi Saudara Seibu (Lelaki / Perempuan)
1/6 Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
1/3 Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Terhalang Adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv8-VZnT8GCpWbP1fQFu5bNFTz1DBEegcaHbaUk0LD230F805KPheNgu-3S9JrYnvTAK_BUTx9DmeggJtk-YGvf-Jt7sQHrYNvEdIlmORpqhxZnJe6kql_JPvOC7sVDhHofHiE7hpKXac/s660/bismillah.jpg)
Friday, April 23, 2010
Ujian atau Azab?
Musibah ,bala ,azab atau ujian atas dunia ini adalah datang dari Allah yang Maha Musibah yang sering berlaku di dunia ini termasuk yang berlaku di Negara kita dipandang pada pelbagai sudut, ada yang menakutkan dan ada yang tidak ambil kesah,selagi tidak kena pada tubuh sendiri .
Dalam Islam , musibah adalah suatu takdir atau ketentuan dari Allah yang disediakan untuk menguji kepada umat manusia. Apakah beza antara ujian ,bala dan azab dari Allah. Yang dikatakan ujian itu adalah untuk orang yang beriman kepada Allah,yang melakukan amal ibadah kepada Allah tetapi Allah menguji umat Islam bagi menambah atau meningkatkan lagi tahap keimanan kepada Allah, sebagai ganjaannya ialah pahala yang besar sekiranya manusia itu bersabar dengan uijan itu.
Manakala azab pula ialah seawal-awal balasan yang dikenakan oleh Allah di atas dunia ini kepada orang yang kufur ingkar pada Allah.Lantaran orang kafir ini tidak mematuhi perintah Allah maka Allah menurunkan azab baginya,walaupun dia bersabar di atas penderitaan dari azab Allah itu tiada ganjaran pahala yang diberikan.

Subscribe to:
Posts (Atom)