Tuesday, May 25, 2010

Tok Kenali

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).
Tok Kenali - Tokoh Besar Ulama Kelantan
Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh�, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah� sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.



Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tok Kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M) , seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.



Untuk selanjutnya marilah sama-sama kita mengikuti garis-garis perjuangan beliau dan cebisan riwayat hidup beliau sebagai berikut:

Kelahiran Tok Kenali
Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M) . Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Latar Belakangnya
Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.



Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.



Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi.



Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.



Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

Kebolehan Luar Biasa
Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun.



Dalam beberapa laporan lain, misalnya laporan dari salah seorang penduduk Kubang Kerian yang menceritakan pada wartawan Majalah Tiga yang ditayangkan pada Sabtu, 13 Jun 2009.Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya telah menceritakan kepadanya tentang kisah kebolehan Tok Kenali. Bapanya mencritakan bahawa pada suatu ketika,di sebuah kampung di Kelantan,terdapatny a beberapa masyarakat Melayu Kelantan lama yang suka menyabung ayam dan menyabung lembu,keadaan pesta menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk lantaran keasyikan masyarakat yang suka pada perbuatan menyabung haiwan,(pada kebiasaannya perbuatan menyabung haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung terdedah dengan kegiatan judi dan pergaduhan). Oleh demikian,Tok Kenali dan beberapa orang kampung telah terganggu akan kebisingan pesta sehinggakan Tok Kenali pada waktu itu beranggapan dan melafazkan bahawa terdapatnya rumah terbakar dikampung itu.Dengan kuasa Allah, pada petang hari pesta menyabung itu juga,kebanyakan dari rumah-rumah penyabung haiwan itu telah dijilat api keseluruhannya. Maka begitulah kekuasaan Allah SWT terhadap hambanya yang beriman dan ingkar.

Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru
Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.



Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan�’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah
Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Penghidupan Tok Kenali di Tanah Suci Mekah
Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Melah adalah semata-mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira RM50.00 dan sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.



Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan atau antara kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan tandus.

Perkembangan Pelajaran
Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan- pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu . Beliau telah pun menguasai pengetahuan bahasa arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tuk Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajaran-pelajaran nya yang sedang berkembang dewasa ini di Tanah Suci Makkah.



Tuk Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh yang agak lama dengan cara yang cermat sekali. Kitab-kitab Wakaf yang ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami kuliah-kuliah gurunya . Selain itu, Tuk Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya , membawa Tuk Kenali mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain.



Jelaslah bahawa Tuk Kenali banyak sekali membaca dan menatap kitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam yang telah dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan perbandingan- perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa.



Antara guru-guru di Masjid yang namanya banyak disebut-sebut oleh Tuk Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal sebagai seorang pengarang sesudah nama Syaikh Daud Patani. Kepada Guru inilah Tuk Kenali mendapat bimbingan dan bantuan baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun penghidupan. Disamping itu, terdapat beberapa orang guru dari patani dan indonesia yang mungkin mendapat perhatian Tuk kenali disamping guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.

Lawatan Tok Kenali ke Mesir
Dalam tahun 1904M, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Hj. Ismail Patani. Garis-garis kasar lawatan ini adalah menunjukkan bahawa lawatan beliau ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan Agama Islam di Universiti Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.

Pulang ke Tanah Air
Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.



Murid-murid dari seluruh kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.



Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.



Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu pengajian Bahasa dan pengetahuan- pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung. Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Ililah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.



Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.

Menghembus Nafas Terakhir
Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.



Majalah “Pengasuh� keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi;



“ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.



“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.



Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.



Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.

Jawatan-jawatan Tok Kenali
Tuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:



1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19 November 1933).

2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama. Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.

3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah).

4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.

6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.

7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu.

8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar).

Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok Kenali
Selain daripada mengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.



Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan setiap hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.



Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta,wiil fil Ma’aani At-Tanzil� ke dalam bahasa melayu. Tugas berat ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga sekarang.



Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang berbahagia tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang berguna daripada Tuk kenali. Majalah pengetahuan ini diterbitkan tiga kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu didatangi oleh Tuk kenali danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.



Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimopan sebuah buku cetera Raja Muda . salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah diberikan kepada pengaranag buku Hikayat Seri kelantan.



- dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan suatu getakan perhimpunan umat islam yang di namakan ‘Jam ,iyyatul Asriyyah] ‘[Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] , pebincangan= perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tebgah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.

Perkembangan Pengaruh
Melihatkan jawatan- jawatan pentig yang telah disandang oleh Tuk Kenali dalam masa hayatnya,juga memandangkepada kegiatan dan jasa -jasa beliau yang cermelang dalam perkambangan pengajian ugama dan kebudayaan islam di Negeri Kelantan khasnya dan Alam Melayu amnya.



Maka sudah sewajanyalah pengaruh beliau segera berkembang ke segenap pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sekali. Perkembangan- perkembangan ini adalah agak memuncak di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad IV (1900-1920M) dan di awal pemerintahan sultan Ismail (1920-1944M) . kedua-dua baginda sultan ini adalah di antara sultan-sultan yang banyak mencipta kemajuan negeri dalam serba lapangan, lebih-lebih lagi di lapangan kemajuan agama islam. Ini adalah memberi peluang yang besar kepada perkembangan pengaruh Tuk kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah air, apa lagi melihat kedudukan Tuk Kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah air, apa lagi mellihatkan eratnya perhubungan Tuk Kenali dengan anak tuan gurunya dahulu iaitu dengan hj. Nik mahmud bin ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja) yang juga memegang peranan terpenting dalam pentadbiran negeri kelantan dewasa itu.



Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tersebarnya pengatahuan Bahasa Arab dan pengetahuan- pengetahuan agama melalui pondok dan sekolah-sekolah pondok ke seluruh Tanah melayu ini antara lain ialah daripada jasa Tuk kenali yang menyusun kata-kata Tassrif yang kemudiannya diperkanalkan oleh murid-murid nya terutama tuan guru hj. Ali Shalaahuddin Pulau Pisang dan syaikh uthman jalaluluddin, seberang prai dalam buku Tatriful Arf- itu, syaikh Uthman menulis;



“Sesungguhnya hamba pungut akan dia daaripada beberapa mutiasa tasrif yang amat elok bagi guru hamba yang alim lagi yang amat ilmunya lagi yang menghimpunkan bagi beberapa fan ilmu yang bangsa kepada agama iaitu muhammad yusof yang masyhur akan gelarannya di seluruh tanah melayu dengan Tuk kenali di negeri kelantan.

Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu
Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) . Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak. Tuan-tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa tempat di seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain.



Guru-guru pondok lepasan kenali inilah kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula sistem pondok.



Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem persekolahan.



Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah�. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.



Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah ini lebih dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis�.



Kemudian pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah� barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan “Sekolah Melayu Majlis�, manakala sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis�. Akhir sekolah aliran melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran daripada sekolah aliran arab tadi )

Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit mertajam pada tahun 1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem pondok).



Di samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain. Beliau tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam yang suci.

Tok Kenali Melahirkan Angkatan Pengarang
Di antara murid-murid Tuk kenali terdapat suatu golongan atau angkatan pengarang buku-buku agama yang mempunyai kedudukan yang baik di kalangan masyarakat Islam di dunia sebelah sini. Mereka ialah�



1. Dr. Syaikh Muhammad idris Al-Marbawi, seorang pujangga Islam yang banyak memberio sumbangan dalam perkembangan ajaran-ajaran Isdlam dengan kamusnya “Kamus Al- Marbawi� (Arab-Melayu) dan kitab-kitab karyanya yang banyak di lapangan Agama Islam.

2. Saahib Al-Fadhilah Datuk Hj. Ahmad mahir, Mufti Kerajaan kelantan yang juga seorang pengarang.

3. Syaikh uthman Jalaluddin Al-Kilantani, seorang pengarang buku-buku agama dan seorang guru.

4. Tuan guru Hj. Yaakub bin Ismail. Legor, Selatan Thailand.

5. Saahib Al-Fadhilah, Datuk Hj. Ismail bin Yusoff, Mufti Kerajaan kelantan.

6. Asy-Syaikh Muhammad Salih Tuk kenali, Makkah Al-Mukarramah Saudi Arabia.

7. Yang Berbahagia Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara) pengarang majalah Al-Hikmah*** (1923M) yang banyak mendidik bakat-bakat penulis dan pengarang-pengarang sebelum perang.

8. Tuan guru Hj. Ali Salahuddin, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.

9. Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.

10. Tuan Guru Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad , lorong Gajah mati, kota Bharu adalah seorang guru agama dan seorang pengarang.

11. Yang berbahagia Datuk Hj. Hassan Yunus Al-Azhari, Bekas Menteri Besar Johor , ahli politikyang juga menjadi seorang pengarang.



Selain murid-murid beliau yang berbakat, terdapat pula cahaya-cahaya mata Tuk kenali yang turut memperkembangkan pengajaran ayahndanya, mereka ialah

1. Al-Marhum Hj. Ahmad Tuk Kenali, guru agama di pondok kenali dan guru yang mengajar pada beberapa buah surau dalam beberapa jajahan, daerah Negeri Kelantan.

2. Hj. Mahmud, wakil Syaikh haji , makkah.

3. Hj. Mohd Salleh Tuk Kenali, guru agama di kota suci Makkah dan seorang pengarang buku-buku dan risalah-risalah agama. Beliau mendirikan persatuan “Darul-Islah� bertempat di Maulid nabi, Suatu persatuan astu perhimpunan kaum Muslimin dari Tanah melayu, patani, kemboja, Indonesia dan lain-lain yang datang ke Tanah Suci makkah terutamanya di musim-musim haji, di mana Tuk kenali diperkenal dan jasanya diperkenangkan. Suatu persatuan lagi didirikan oleh beliau dengan nama “Darul-Quran (Persatuan Al-quran) bertempat di Misfalah, Makkah.

4. Hj. Abdullah Zawawi, lulusan kuliah Syariah, makkah. Berkecimpung di bidang pendidikan dan menjadi pengetua sekolah-sekolah menengah di Kerajaan Arab Saudi dan Nigeria.

Peribadi dan Sifat-sifat Utama
Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam. Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakatt islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:



a) Sangat menghormati dan memuliai ibu

b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.

C) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.

D) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.

E) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.

F) suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.

G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.

H) pakaian beliau amat sederhana.



Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali� atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan kasihan belas.

Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan
Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajar annya, Tuk kenali didapati agak gemar sekali membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali� oleh AQHAS - halaman 76), Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).

Tok Kenali dan Puisi
Dalam masa menyampaikan pengajarannya, disamapaing mengutarakan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis nabi Muhammad S.A.W , maka terhamburlah dari mulut beliau beberapa rangkap syair dan kata-kata hikmat bak mutiara gugur dari untainya.

Di sini dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan oleh Tuk Kenali iaitu:

Bahaya Merokok:



Perokok itu terhina, dungu, membazir dan keji, kerendahan bagi penagihnya, pasti, Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.



Antara kata-kata hikmatnya:



“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu� “mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran�,

Pengaruh Imam Al-Ghazali
Melihatkan peribadi dana sikap hidupnya, nyatakan bahawa Tuk kenali adalah terpengaruh oleh ajaran-ajaran Failasuf islam Iman Ghazali, seorang alhi Tasauf yang sampai kepada darjat “hakikat� mengenal diri dan Tuhannya, ingin mencapai kebahagiaan dan kesucian yang setinggi-tingginya dalam penghidupan yang singkat ini, kemewahan hidup yang terhad dan sifat tidak membesar diri adalah nyata sekali dalam penghidupannya.



Unsur-unsur ini adalah terkandung dalam adoa yang dikumpul dan digubah oleh Iman Al-Ghazali dalam kitabnya “Ayyuhai Walad� (Wahai Anak) yang menjadi amalan Tuk Kenali dan murid-murid beliau sehingga sesudah itu dikenal pula dengan “Doa Tuk Kenali� (Doa mengiringi sembahyang Lima Waktu) yang antara lain bererti:

wahai tuhan, sesungguhnya saya pohon pada Engkau pemberiannya sempurna , kesihatan yang berkekalan, rahmat yang menyeluruh dan kesegaran yang berguna. Saya pohonkan daripada Engkau puncak kesenangan hidup, puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan kebaikan, juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah.�
Tuhanku, Tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas. Tuhanku, Bahagiakanlah kesudahan hidup kami, buktikanlah hasrat kami dengan penambahan amalan. Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetang-petang.



Wahai Tuhanku, tumpahkanlah rahmat engkau di tempat kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan kepada engkau kami menggantung harapan�.



Meninjau kepada beberapa segi yang telah dikemukakan di atas, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Tuk kenali adalah salah seorang tokoh ulama terkenal dan pembangun fikiran Umat Islam di dunia sebelah juga tidaklah salah jika dikatakan bahawa selagi terbitnya majalah pengasuh ke alam persuratan melayu, maka selama itulah Tuk Kenali dikenangan, seterusnya tidaklah merupakan suatu penonjolan jika dikatakan bahawa selagi wujudnya majlis Agama islam dan Adat istiadat melayu kelantan� maka selama itulah ?Tuk Kenali masih disebut dan dikenali.

Tokoh Kelantan di Laman Pendidikan Kelantan
http://www.geocitie s.com/traditiona lislam/TokKenali .htm
http://ulama. blogspot. com/2006_ 10_01_ulama_ archive.html
http://www.bharian. com.my/m/ BHarian/Sunday/ Perspektif/ 20070318082401/ Article/
http://www.townplan .gov.my/al% 20ansar/AL_ ANSAR2.pdf

Monday, May 24, 2010

Terengganu Catat Jumlah Penagih Paling Tinggi Di Malaysia

KUALA TERENGGANU, 19 Mei (Bernama)-- Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

"Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

"Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Rabu.

Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati, kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan.

"Mereka kini menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan Felda sebagai pusat baru... termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."

Beliau berkata akhir-akhir ini polis mendapati semakin banyak heroin bermutu tinggi masuk ke negeri ini dari negara jiran berikutan permintaan yang tinggi.

"Kebanyakan heroin yang masuk ke negeri ini adalah heroin no 4 yang lebih bermutu tinggi berbanding negeri pantai barat yang lebih banyak menggunakan dadah sintetik dan heroin no 3 " katanya

Roslan berkata polis akan menggiatkan operasi bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah daripada berleluasa di negeri ini.

-- BERNAMA

Saturday, May 22, 2010

Tanda² Sakit - This is Good..!!!

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu Kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
(I) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
(II) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
(III) Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini
juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
(Iv) Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan
kerja
(V) Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau
bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru Dan kerongkong.
(I) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi
asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
(II) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
(III) Bersin
A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
A. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
B. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak
pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
C. Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau
terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
(I) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
Di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk
membuang toksin.
(II) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
(I) Bibir pucat
A. Sistem penghadaman yang lemah.
B. Perut mengandungi angin.
C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan
mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman
dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
(II) Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung Dan sistem pengedaran darah.
(I) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah,
seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat
dan lain-lain lagi.
(II) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah
mengandungi asid berlebihan.
(III) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan
toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
(I) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
(II) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak
kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak Dan toksin yang tidak
larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat
terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan
serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur,
rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat Dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
A. Sakit Sendi
(I) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda-
tanda penyakit pirai (gout).
(II) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
(III) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras Dan
fungsi metabolisme tidak seimbang.
B) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
C) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa
kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan
serangan sakit jantung mungkin berlaku.
D) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
E) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.
F) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
G) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga
batin.
H) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong
Kong Foo t).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai
kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak
berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
(I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
(II) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau
tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E.. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit
migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a.. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian
perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya
penyakit ulser.
16.. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses = pembuangan toksin dari kerongkong akibat
jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang
berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit
barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus
sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-
organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan.
Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan
memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
(I) Sistem jantung yang lemah.
(II) Sistem saraf otak yang lemah.
(III) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Friday, May 21, 2010

Fakta warisan Islam,duduk rumah baru

Antara perkara yang patut diamalkan apabila pertama kali memasuki rumah baru ialah melaungkan azan,membaca Surah al-Baqarah.Ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud,"Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur ( hanya untuk tidur ),sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah".Manakala seterusnya dituntut memperbanyakkan solat dan membaca al-Quraan di dalam rumah selaras dengan hadis yang bermaksud:"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca al-Quraan.:

Tuesday, May 18, 2010

jadikan amalan

1.Mengeratkan perhubungan kasih sayang antara suami dan isteri,amalkan bacaan surah
al Baqarah ayat 102.
2.Agar anak menjadi rajin dan cerdik dalam pelajaran selalu lah amalkan membaca
surah al Anbiyaa ayat 79.
3.Untuk menjadikan hati anak lemah-lembut dengan izin Allah, sila baca surah
al Anbiyaa ayat 69 dan surah al Hasyr ayat 22 - 24.
4.Sekiranya anak malas berlajar atau ke sekolah, sila baca surah Toha ayat 1 - 5.
5.Ayat pendinding surah atTaubah ayat akhir.
6.Pendinding rumah, amalkan membaca surah al Baqarah, dibaca dan ditiup pada air dan
spray pada sekeliling rumah.

INSYA ALLAH dengan izin Nya termakbul permintaan di hati,sesungguhnya ayat-ayat suci al Quraan itu penuh dengan penawar dan banyak kelebihannya,amalkan melalui pembacaan dan cubalah memahami makna dan maksudnya.

variasi

Do you know the name of some of the number?Well, here they are:

million 1 000 000 (6 butir 0 )
billion 1 000 000 000 ( 9 butir 0 )
trillion 1 000 000 000 000 ( 12 btr 0 )
quadrillion 1 000 000 000 000 000 ( 15 )
quintillion 1 000 000 000 000 000 000 ( 18 )
sextillion 1 000 000 000 000 000 000 000 ( 21 )
septillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 (24 )
octillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 ( 27 )
noniliion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (30 )
decillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (33)
undecillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (36 )
duodecillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (39 )
tredecillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 ( 42 )
quatuordecillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (45)
quindecillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (48 )
sexdecillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 51
septendecillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (54)
octodecillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (57)
novemdecillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (60)
vigintillion 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (63)
googol 10 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 (100 biji 0 )

source from http://library.thinkquest.org/JO110961/tnt

Thursday, May 13, 2010

bacaan ketika sujud sejadah



terutamanya ketika solat subuh pada hari Jumaat,jom pergi surau.

Keajaiban Tubuh Badan Kita

Keajaiban Tubuh Kita Oleh Waladi - Selatan Online

JANGAN ROSAKAN ORGAN PEMBERIAN ALLAH. Hidung bekerja sebagai makmal analisis bahan-bahan kimia. Hidung sangat peka sehingga mampu mengenali hingga 10.000 bau yang berbeza. Yang sungguh menarik adalah kecepatan menakjubkan dari semua proses ini. Antara saat molekul kopi memasuki hidung kita hingga kita mengenali baunya hanya memerlukan waktu sedikit sahaja Berfikirlah dahulu sebelum kita merosakkan tubuh sendiri dengan berbagai cara penggunaanya kerana tubuh kita dicipta oleh Allah dengan begitu canggih dan sangat menakjubkan. Apa yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan dapat menghentikan rencana kita menghancurkan diri sendiri dan tersentuh hati kita untuk mulai menyayangi diri sendiri. Otak/Komputer. Setiap neuron (sel saraf) terdiri dari satuan-satunya yang hanya bertanggung jawab untuk meneruskan informasi atau menyampaikan maklumat. Satu otak sahaja boleh memproses kerja yang sama dengan 4,5 juta transistor pada mikroprosesor moden. Jumlah jutaan ini menjadi tak bererti jika dibandingkan dengan sepuluh juta neuron-neuron yang menanggung dalam memindahkan informasi dalam otak.

Tambahan lagi, tidak ada produk industri yang mampu meniru mengenal rasa dan bau seperti dalam otak. Otak manusia memiliki sistem yang mampu menjalankan sejumlah tugas sekaligus pada saat yang sama contohnya, dengan struktur otaknya yang sempurna, seseorang yang sedang memandu kereta dapat sambil mengikuti siaran radio keretanya dan membelok stering dengan mudah. Walaupun sedang melakukan berbagai tugas secara serentak dalam satu masa, kita tidak melanggar kereta orang lain. Selain itu, kita dapat menambah kelajuan kereta dengan kaki kita. Kita dapat memahami berita yang didengar dari radio. Kita dapat menyambung kembali pembicaraannya dari tempat percakapan itu terhenti. Dan yang terpenting, kita dapat mengarahkan semua hal ini secara sempurna, pada saat yang sama. Secara ringkasnya, dengan bantuan kemampuan luar biasa otak, seseorang dapat mengendalikan berbagai pekerjaan dalam satu situasi. Keselarasan ini boleh berlaku dengan adanya sambungan antara sel saraf di dalam otak. Jutaan rangsangan yang sampai ke otak dari dunia luar diterima dan diproses di dalam otak dengan terperinci, lalu diperiksa dan dinilai oleh otak lalu memberi arahan yang diperlukan kepada setiap sumber rangsangan.

Operasi sistem yang rumit ini terus berfungsi dalam kehidupan seseorang tanpa berhenti. Kemampuan semua proses inilah yang menjadikan kita mampu melihat, mendengar serta merasakan dan kehidupan kita pun terus berlaku. Salah satu unsur terpenting penyusunan sistem yang sempurna di dalam otak adalah sel-sel saraf yang berjumlah hampir mendekati angka 10 juta sel-sel saraf otak, belum termasuk sel-sel lainnya, yang berfungsi mengirimkan dan mentafsir maklumat dengan cara membentuk arahan dan menyalurkan arahan secara berkesan. Apakah yang menyebabkan terjadinya hubungan di antara sel-sel dan menghasilkan keselarasan di dalam otak? Jawapannya terletak pada struktur istimewa sel saraf. Sekitar 10 juta sel di dalam otak memiliki sekitar 120 bilion sambungan. Dan 120 bilion sambungan ini benar-benar berada di tempat yang sesuai. Bila terdapat kesalahan pada salah satu sahaja dari sambungan ini, akibatnya akan memberikan yang besar. Seseorang yang mengalami hal ini tidak akan mungkin menjalankan kehidupannya dengan baik. Namun hal seperti ini tidak akan terjadi, dan manusia sihat menjalani kehidupannya secara normal. Ia menjalani kehidupan dengan sebaik-sebaiknya sementara bilion proses ajaib yang tidak disedarinya sedang berlangsung di dalam otaknya manusia. Struktur yang bekerja secara automatik di dalam otak ini, sebagaimana halnya sistem-sistem lain di dalam tubuh manusia, memiliki rancangan sempurna di setiap peringkatnya.

Kenyataan bahwa otak dapat menjalankan berjuta fungsinya tanpa kesalahan atau kerancunan menjadi bukti bahwa Allah, Pemilik Ilmu tak terbatas, telah menciptakannya beserta semua cirinya yang amat istimewa. "Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan? (Adz Dzaariyaat, 51:20-21) Dapat kita bayangkan, apa akibatnya jika otak kita rosak. Tentunya kita akan mengalami banyak sekali masalah dalam hidup kita. Sebab itu, jangan rosakkan otak kita dengan dadah. Hormon/Maklumat. Segala hal dalam tubuh merupakan suatu bentuk komunikasi. Banyak maklumat dalam bentuk hormon yang tersusun atas molekul-molekul besar. Tidak ada alat penerima pada susunan maklumat yang dibawa oleh hormon, molekul yang bergerak bebas dalam sistem peredaran darah dan di antara sel-sel neuron. Akan tetapi, susunan maklumat tersebut sentiasa berada ditempatnya kerana alat-alat tubuh yang menerima maklumat tersebut dilengkapi dengan sensor-sensor khusus. Otot dan Pengeluaran peluh/Penapis udara. Gerakan otot menyebabkan pemanasan tubuh dalam cuaca dingin. Otot-otot dapat menyebabkan 90% tubuh menjadi panas dengan cara ini. Pengeluaran peluh, di sebaliknya berguna sebagai cara penyejukan melawan pemanasan berlebihan. Dua sistem penyeimbang ini bekerja bersama untuk mempertahankan suhu tubuh yang mantap. Sistem ini bekerja jauh lebih cepat dan tepat melebihi sistem penapis udara yang ada.

Sistem Kekebalan/Angkatan Bersenjata. Tubuh kita dipertahankan oleh sekitar 200 juta sel-sel darah putih. Seperti askar, sel-sel darah ini memiliki sistem kebijaksanaan, persenjataan mematikan, dan strategi pertempuran khusus. Namun, tidak ada askar di dunia ini yang menepati waktu dan sempurna serta sebaik sistem kekebalan. Sekitar 250 tahun lalu, dengan penemuan mikroskop, para cendekiawan mendapati bahwa kita hidup bersama banyak makhluk kecil, yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Makhluk ini ada di mana-mana, dari udara yang kita sedut, sampai benda apa pun yang bersentuhan dengan permukaan tubuh kita, juga dijumpai bahwa makhluk-makhluk ini menembusi tubuh manusia. Walaupun kewujudan musuh ini telah dijumpai kira-kira dua setengah abad yang lalu, sebahagian besar rahsia "sistem pertahanan" yang berlawan dengan gigih belum dapat dijumpai. Begitu ada benda asing memasuki tubuh, secara sepontan sistem molekular tubuh ini diaktifkan. Dengan rancangan strategi hebat, ia menyatakan perang mati-matian melawan musuh. Kalau kita lihat sekilas cara kerja sistem ini, nampak bahwa setiap tahap berlaku berdasarkan suatu perancangan yang sangat cermat. Setiap sistem, organ, atau kelompok sel di dalam tubuh mewakili keseluruhan di dalam suatu pembahagian kerja yang sempurna. Setiap kegagalan dalam sistem menghancurkan tentangan ini. Oleh itu, sistem kekebalan sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Mungkinkah kita bertahan hidup kalau sistem pertahanan tidak ada? Atau, kehidupan yang bagaimanakah yang akan kita jalani jika sistem ini gagal berfungsi? Sel/Mesin. Sel adalah mesin yang sangat efisyen menggunakan tenaga.

Sel menggunakan molekul-molekul kecil yang disebut ATP untuk bahan bakar. Keefisyenannya dalam pembakaran bahan bakar ini lebih besar dibanding mesin mana pun yang dikenal manusia. Di samping itu, sel-sel ini secara serentak mengerjakan berbagai tugas berbeza, yang tak mampu dilakukan oleh mesin yang dibuat manusia. Tangan Tangan berfungsi sebagai organ pengangkat sesuatu di mana siku adalah sendi sokongan kepada tangan, dan di sekelilingnya otot-otot menyokong gerakan melalui pengerutan dan rehat. Rangka Tubuh Dua akibat utama yang mungkin terjadi pada sistem apa pun yang menerima getaran. Hal ini boleh menyebabkan lubang atau menyebabkan bahagian tertentu akan patah. Rangka makhluk hidup dan rangka kereta telah direka untuk mengurangkan getaran pada tubuh manusia. Namun rangka kereta atau kenderaan kemampuannya tidak sama seperti tulang yang dapat memperbaiki dirinya sendiri apabila patah. Mata. Retina mata adalah alat yang paling peka kepada cahaya di antara semua jenis zat. Berbagai jenis sel sensor telah dibuat dengan kedudukan terbaik untuk menangkap gambar dalam fotografi. Namun, mata secara automatik menyesuaikan fokus dan penglihatan atas kekuatan cahaya luaran. Oleh kerana itu, mata jauh lebih baik ciptaanya dari seluruh kamera. Mata makhluk hidup sangatlah peka terhadap cahaya, dan mudah rosak dari kesan cahaya. Tapi kita masih mampu melihat matahari dan sekeliling kita dengan baik dan berkat sejumlah kemudahan yang memberi perlindungan yang secara khusus yang dicipta oleh Allah. Salah satu kemudahan atau bahan pelindung tersebut adalah sekumpulan molekul pigmen yang ada pada mata.

Hidung dan Lidah Struktur yang amat mengagugkan ini pancaindera pengecap rasa telah memberi sumber ilham yang banyak kepada ilmuan. Peralatan yang meniru fungsi lidah manusia telah dibangunkan seperti lidah elektronik misalnya. Penemuan ini membantu kita membezakan antara makanan segar dan makan tidak segar serta menemukan bau busuk pada makanan akibat pertumbuhan bakteri. Pada lidah buatan ini, aliran elektroniknya mempunyai 100 lubang teramat kecil, masing-masing dirancang menyerupai bintik pengecap pada lidah manusia. Tetapi jika dibandingkan dengan lidah manusia dan lidah buatan ini merupakan alat pengecap yang sangat kuno. Lidah kita jauh lebih baik dibanding lidah elektronik dan ini hanyalah menunjukkan betapa besar nikmat pancaindera pengecap ini. Hidung bekerja bagaikan makmal analisis kimia. Hidung amat peka sehingga mampu mengenali hingga 10.000 bau yang berbeza. Yang amat menarik adalah kecepatan menakjubkan dari semua proses ini. Antara saat molekul kopi memasuki hidung kita hingga kita mengenali baunya hanya memerlukan waktu kurang dari sesaat. Telinga/Hi-Fi Stereo. Rambut yang sangat halus dalam telinga bahagian dalam badan manusia mengubah suara menjadi isyarat-isyarat eletrik seperti yang terdapat pada mikrofon. Telinga hanya boleh merasakan suara antara frekuensi 20 hingga 20.000 Hz. Spektrum ini paling tepat untuk manusia. Seandainya manusia mendapat spektrum yang lebih besar, kita akan dapat mendengar langkah-langkah kaki semut hingga suara frekuensi tinggi di atmosfera. Keadaan ini tidak akan memberi ketenangan kepada manusia akan sentiasa merasakan suasana bising.

Jantung/Sistem Pompa. Jantung mulai berdetik dalam rahim ibu dan terus berdetik pada berbagai peringkat, 70-200 kali per minit tanpa rehat sepanjang hidup. Selama tiap detikan, jantung boleh istirehat sekitar setengah saat. Jantung berdetik sekitar 10,000 kali sehari. Jantung yang dimiliki oleh manusia seberat 132 Ib (60 kilogram) mengepam sekitar 1,7 gelen (6.5 liter) darah setiap hari. Seumur hidup jantung mengepam darah dengan cukupnya untuk mengisi 500 kolam renang dengan isi 300 meter kubik. Mesin pam buatan manusia tidak mampu bekerja begitu lama tanpa diperbaiki sepanjang masa tetapi ciptaan Allah mampu melaksanakan tugas dengan sempurna. Steven Vogel, seorang perekayasa dari Duke University di Amerika, menyatakan bahawa jantung manusia tidak akan dapat ditiru: "Ini kerana mesin yang kita miliki, sebanyak mana pun keluaran tenaga atau daya-kerjanya, bekerja dengan sangat berbeza. Otot (jantung) adalah mesin yang lembut, basah, sentiasa mengembang dan mengerut dan ia memang tidak menyerupai dengan apa pun yang ada dalam perbendaharaan teknologi kita. Jadi, anda tidak akan mampu meniru sebuah jantung. (Robert Kunzig, "The Beat Goes On," Discover, Januari 2000) Ringkasnya, dengan semua teknologinya manusia tidak akan mampu membuat jantung. Mereka yang menyatakan bahawa jantung dan keseluruhan tubuh yang menyeluruh pasti ada yang menciptanya dengan sengaja, jelas adalah menjadi kesalahan besar jika tidak mengakui penciptaNya. Allah memerintahkan kita untuk merenungkan bukti-bukti penciptaanNya dan bersyukur kepadaNya:

Ginjal/Sistem Penapisan Limpa. Ginjal manusia menapis sekitar 37 gelen (140 liter) darah setiap hari, melalui satu juta unit penapisan kecil yang disebut nefron, dan terus berlanjut hingga sekitar lapan puluh tahun tanpa rehat. Pusat pengolahan limpa yang dirancang untuk pengilangan boleh menangani jumlah yang jauh lebih lama tetapi usianya sangat pendek. Seterusnya, campuran kimia zat yang ditapisnya jauh lebih sederhana jika dibandingkan dengan darah. Ginjal jauh lebih rumit dan efisien dibandingkan dengan lain-lain organ penapisan. Ingatlah, dadah dapat menghancurkan organ-organ tubuh kita. Oleh itu, sayangi diri kita sendiri dengan cara menjauhkan diri daripada dadah. http://waladi- dimalaysia. blogspot. com
__._,_.___

Wednesday, May 12, 2010

cara simple wiring photo cell ( sensor suis )


panduan ringkas cara untuk wiring photo cell atau suis sensor di rumah,mudah-mudahan dapat membantu kita semasa kita balik kampung dan lampu akan ON dan OFF secara auto.

Sunday, May 9, 2010

zikir




Abu Hurairah (Radi'Allahu anhu) reported:
The Messenger of Allah (Sall'Allahu alaihi wa sallam) said,

"There are two statements that are
light for the tongue to remember,
heavy in the scales
and are dear to the Merciful:

'Subhan-Allahi wa bihamdihi,
Subhan-Allahil- Azim'

'(Glory be to Allah and His is the praise,
(and) Allah, the Greatest is free from imperfection) '.''

[Al-Bukhari and Muslim].

ajey

 
Posted by Picasa