Sunday, July 25, 2010

Next Step Training at PERMATA Bangi


DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

artikel dari email yang di hantar ke saya, untuk dikongsi bersama mungkin...

"Harap dapat kirim lanjutkan (Forward) artikel diatas kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua".
-SusuDotMy-

Sunday, July 11, 2010

Apa maksud masbuk dan muafik.

Apa maksud masbuk dan muafik.

MUSTAFA: Secara ringkas, muafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca fatihah bersama imam.

Makmum yang muafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.

Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.

Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.

Jika kita masbuk, apakah syarat fatihah kita untuk ditanggung oleh imam?

MUSTAFA: Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk.

Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah dan ta'awuz (auuzubillah).

Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya".

Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah.

Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah.

Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut adalah makruh.

Jika kita muafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?

MUSTAFA: Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi'li (perbuatan).

Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).

Namun, mengikut qaul yang asah seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran.

Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) dan hadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-fatihah.

Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?

MUSTAFA: Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh.

Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.

Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.

Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?

MUSTAFA: Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat.

Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terus qiam selepas sujud.

Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebut subhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian.

Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal.

Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar.

Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam.

Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).

Dalam mengajar anak-anak solat berjemaah, adakah wajar membawa mereka bersama-sama di tengah saf?

MUSTAFA: Membawa anak-anak solat berjemaah adalah amalan baik. Cuma, pengawasan ibu bapa serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau adalah perlu. Ia supaya anak-anak tidak mengganggu perjalanan solat sehingga menjejaskan kekhusyukan para jemaah.

Bagaimanapun, perkara ini adalah subjektif dan memerlukan kita melihat kepada kesesuaian tempat, masa dan kumpulan sasaran.

Jika berlaku kesesakan disebabkan ruang solat yang kecil terutama pada solat Jumaat maka pengasingan saf antara golongan dewasa dan kanak-kanak perlu dilakukan secara bijak.

Adalah dicadangkan supaya diletakkan had saf kanak-kanak untuk memberi ruang kepada jemaah dewasa yang masbuk.

Para ulama khilaf dalam menetapkan hukum sama ada putus atau tidak saf jika ada kanak-kanak di situ. Bagaimanapun, umumnya di negara kita, saf kanak-kanak diasingkan daripada dewasa. Cuma ia jangan pula terlalu jauh antara kedua-duanya.

Masjid di negara kita indah tetapi masih gagal menarik remaja datang. Apakah yang diperlukan untuk menarik mereka ke masjid masa kini?

MUSTAFA: Masjid boleh menjadi tumpuan masyarakat dengan menyediakan prasarana yang memudahkan para jemaah.

Paling utama kini adalah kemudahan meletak kenderaan. Sebabnya, hal ini jika tidak diatur dengan baik boleh memberi gambaran negatif kepada bukan Islam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap kali solat Jumaat. Lalu Islam akan dilihat sebagai menyusahkan orang lain.

Bagi menarik para remaja, masjid boleh menyediakan kemudahan riadah seperti gelanggang futsal dan ping-pong.

Masyarakat juga mahukan tempat pembelajaran yang selesa iaitu dewan kuliah atau seminar yang dilengkapi kerusi meja dan alat bantu mengajar.

Masjid juga perlu dilengkapi kemudahan wi-fi. Sudah ada masjid yang menawarkan perkhidmatan ini tetapi ia masih belum meluas.

Cara Rawatan Rasulullah

TEORI PENGUBATAN ..
Watak pemuda ialah seimbang . Watak anak - anak
Cenderung basah , dan tabiat orang dewasa dan orang
Lanjut usia cenderung sejuk .
Organ tubuh manusia yang paling seimbang adalah kulit
pada hujung jari telunjuk , disusuli hujung jari - jari yang lain ..Organ
yang paling panas adalah jantung , diikuti hati dan daging Yang paling
sejuk adalah tulang dan saraf , sumsum dan otak . Yang paling kering adalah tulang . Yang paling basah adalah lemak
Bahagian seterusnya dari tujuh bahagian tubuh adalah darah . yang bersifat basah dan panas . Fungsinya ialah memberi makan kepada tubuh . Darah yang normal rasanya manis dan tak berbau ..
Seterusnya adalah lendir , yang bersifat basah dan sejuk Fungsinya adalah mengubah darah manakala tubuh kekurangan makanan , menjaga organ - organ tubuh agar tetap lembab dan mencegah dehidrasi yang di sebabkan oleh gerakan . Lendir normal adalah lendir yang hampir berubah menjadi darah . Lendir tak normal rasanya masin , atau agak hangat , atau masam . Ia cenderung menjadi masak dan tawar . Ia bersifat sejuk dan tidak tak bercampur
Cairan yang ketiga adalah hempedu , yang sifatnya kering dan panas . Ia tersimpan di dalam kantung hempedu Ia menjadikan darah lembut dan membantunya melalui nadi - nadi yang sangat sempit . Sebahagaian darinya dibawa ke usus besar dan menghasilkan warna khas kekotoran . Hempedu normal warnanya sedikit merah . Hempedu tak normal boleh jadi berwarna seperti kuning telur , atau seperti warna bawang atau warna tahi tembaga , atau seperti terbakar .Hempedu berkarat lebih kuat daripada hempedu berwarna
bawang , dan merupakan peringatan akan datangnya kematian . Hempedu kadang - kadang dikenali dengan sebutan Hempedu Kuning ..
Yang terakhir adalah limpa . Cairan ini bersifat kering dan sejuk .. Ia
mengentalkan darah dan memberi makan kepada limpa dan tulang . Sebahagian darinya menerusi mulut perut dan menimbulkan nafsu makan dan menyebabkan keasaman . Limpa normal membentuk endapan darah . Limpa tak normal digambarkan sebagai terbakar , yakni tidak murni Limpa terkadang disebut hempedu hitam Bahagian keempat dari bentuk tubuh adalah organ - organ dasar . Bahagian kelima membentuk jiwa . Bahagian keenam adalah keupayaan
yang terbahagi kepada tiga , iaitu : natural , vital , dan psikik .. Bahagian ketujuh atau yang terakhir adalah fungsi , yang berjumlah dua : fungsi daya - tarik dan fungsi daya - tolak
KEADAAN TUBUH
Bahagian kedua dalam teori pengubatan adalah berkenaan dengan teori tentang keadaan tubuh manusia . Ada tiga keadaan tubuh , yang mana ianya mungkin : sihat , sakit dan keadaan tidak sihat dan tidak pula sakit , iaitu keadaan orang yang sedang menuju kesembuhan dan keadaan usia tua ..
Sihat adalah keadaan fizik dimana semua fungsi berada dalam keadaan sihat . Menjadi sembuh sesudah sakit adalah anugerah terbaik dari Allah kepada manusia . adalah tak mungkin untuk bertindak benar dan memberi perhatian yang layak kepada ketaan kepada Tuhan jika tubuh tidak sihat ..Tidak ada sesuatu yang berharga seperti kesihatan . Keranya , hamba Allah hendaklah
bersyukur atas kesihatan yang dimilikinya dan tidak bersifat kufur .
Nabi s.a.w bersabda :
" Ada dua anugerah yang kerananya ramai manusia tertipu , iaitu kesihatan yang baik dan waktu luang ."
Rasulullah s.a.w bersabda , " Mohonkanlah kepada Allah ampunan dan kesihatan . Setelah iman kuat ,tak ada sesuatu yang lebih baik bagi seorang manusia daripada kesihatan ."
SEBAB - SEBAB PENYAKIT
Bahagian ketiga dalam dalam teori pengubatan berkaitan dengan sebab - sebab penyakit , atau aetiologi . Ada enam sebab timbulnya penyakit :
Penyebab pertama adalah udara. Udara sangat penting untuk menjaga diri kita agar seimbang, sebab selama udara tetap jernih , tidak ada kelemahan yang bercampur dengannya , dan tidak ada pula angin kotor . Ia adalah perlindungan yang tak nampak Setiap musim menghasilkan penyakit - penyakit yang sesuai dengannya , dan mengusir yang tidak sesuai . Demikianlah , musim panas menyebabkan timbulnya hempedu dan melahirkan jutaan penyakit , tetapi juga menyembuhkan penyakit - penyakit selsema ( beringus ) Demikian pula halnya dengan musim - musim yang lain . Udara sejuk memperkuat dan meningkatkan pencernaan . Udara panas mempunyai kesan sebaliknya. Perubahan udara menyebabkan timbulnya sampar . Ini akan kita jelaskan nanti , insya Allah .
Penyebab kedua adalah makanan dan minuman . Makanan dan minuman yang panas menimbulkan panas dalam tubuh, dan sebaliknya ..
Penyebab ketiga adalah gerakan dan istirehatnya tubuh ..
Gerakan menimbulkan kehangatan dalam tubuh
Penyebab keempat adalah gerakan dan istirehatnya emosi , seperti yang terjadi krtika marah , sedih , gembira , khuatir , dan malu . keadaan - keadaan ini mendorong terjadinya gerakan jiwa , yang pasti bersifat batiniah , namun juga nampak secara lahiriah . InsyaAllah ..
Penyebab kelima adalah keadaan bangun dan tidur . Tidur membuat jiwa bergolak dalam tubuh meskipun pada lahirnya tubuh menjadi sejuk sehingga orang memerlukan selimut . Lawan dari keaadaan ini adalah keadaan bangun
Penyebab keeanam adalah emisi dan rentesi . Keseimbangan antara kedua hal ini akan melindungi kesihatan .
PRAKTIK PENGUBATAN
Makanan
Hendaklah anda ketahui bahawa makanan dimakan manakala diperlukan untuk mengekalkan kesihatan. Tanda - tanda bahawa makanan diperlukan adalah menajamnya indera penciuman
,berkurangnya air liur dimulut , air kencing yang menjadi sangat berwarna dengan bau menyengat , serta meningkatnya keinginan akan makanan .. Hidup berlama -lama tanpa makanan memperlemah tubuh , menimbulkan dehidrasi , dan membakar habis konstitusinya . sama halnya , memakan makanan manakala tidak diperlukan mengakibatkan kebodohan dan kemalasan , yang merupakan satu
faktor penyebab penyakit . Orang hendaknya memakan makanan yang sejuk dimusim yang panas . dan makanan yang panas dimusim yang sejuk . .. Terus makan lagi sesudah makan adalah merbahaya . Makanan yang panas hendaklah diimbangi dengan makanan yang sejuk , yang manis dengan yang masam. Lemak diimbangi dengan garam , dan yang masam dengan lemak . Memakan banyak jenis
makanan meningkatkan konstitusi manusia . Makan dalam keadaan tenang adalah paling baik . Memakan makanan yang sama beberapa kali berturut - turut dan makan dengan tergesa - gesa mengakibatkan hilangnya nafsu makan dan menimbulkan kemalasan . Makanan yang sangat masam mempercepat ketuaan . Sering memakan makanan bergaram membuat badan kering dan kurus ..
Adalah bijaksana untuk berhenti makan ketika anda masih ada selera untuk meneruskan makan , namun terus menerus tidak makan akan membuat tubuh lemah dan kurus . Menghabiskan makanan sampai isi piring bersih membantu pencernaan dan meningkatkan nafsu sexs . Nabi s.a.w biasa menjilat jari - jari tiga kali setelah makan . Baginda juga mengatakan , " Menghabiskan makanan hingga bersih bererti memohon pengampunan dari Allah " .
Rasulullah s.a.w melarang memakan makanan - makanan berikut secara bersamaan
: susu dengan ikan , cuka dengan susu , buah - buahan dengan susu , atau selada dengan ikan , bawang putih dengan bawang merah , daging kering dengan daging segar , makanan masam dengan makanan beasam , lemak dengan cuka ,cuka dengan nasi ,anggur dengan terung yang berlebihan , buah delima dengan lemak daging , dua makanan yang sejuk , dua makanan yang panas , atau dua
makanan yang menghasilkan kentut
SABDA NABI
Sebelum menyenaraikan makanan - makanan , lebih baik kita kemukakan sabda Nabi s.a.w berkenaan cara - cara kebersihan , mengelakkan penyakit dan seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan ..
Nabi besar Muhamad s.a.w pernah bersabda demikian :
1 . Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan - Nya juga ubat nya , kecuali mati . Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk Al - Qur'an akan lanjut usianya ..
2 . Asal segala penyakit ialah . Oleh itu , makanlah apabila anda
kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu ..
3 . Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat . Oleh itu ,
jadikanlah ia kebiasaan anda .
4 . Pada pandangan Allah . makanan yang paling baik ialah makanan yang di makan beramai - ramai .
5 . Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan , makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim , makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s
6 . Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya , kerana makanan yang panas itu tidak berkat .
7 Apabila makan , tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat . Inilah nasihat yang baik
8 . Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan . Oleh itu , mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu , bukan mula dari tengah . ( pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat
berkat , jangan seorang diri saja ) .
9 . Ada keberkatan dalam tiga perkara : dalam sarapan pagi , dalam roti , dan dalam sup .
10 . Berus gigi dengan ' miswak ' ( berus gigi kayu yang biasanya
dibuat daripada dahan pokok ( pokok pelu ) selepas makan dan kemudian berkumur - kumur , kerana kedua - keduanya amalan ini adalah penjaga gigi
.
11 . Gunakan ' miswak ' kerana amalan ini datang kebersihan , dan
kebersihan datnag dari iman , dan iman membawa orang itu ke Syurga
12 . Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung ( iaitu tidak membazir ) ..
13 . Makan bersama barulah bersurai , kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan
14 . Kurang makan kurang dosa .
15 . Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul gandum , barli , kismis , sekoi , lemak , madu , lebah , keju , sejenis pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan ( walnut ) dan zaitun
.
16 . Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada pangkal paha ( sciatica )
17 . Sarapan pagi waktu fajar ( dini hari ) ada berkatnya
18 . Ketika saya mikra'j , tidak ada seorang Melaikat pun yang tidak
berkata , " Wahai Muhamad s. a.w beritahu umatmu supaya berbekam . Rawatan yang paling baik ialah berbekam , ketumbar dan sejenis herba ( costus ) .
19 Siapa yang sakit 7 hari , maka ia adalah penebus dosa 70 tahun ..
20 . Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan kerana berhutang .
21 . Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit , baginda biasanya berkata : " Hindarlah pedaya iblis , kekuatan itu dengan Allah , sembuh dan disembuhkan , tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau "

"Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi"
(segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)


Penawar ada pelbagai penawar, penawarku untuk semua..........kongsikan bersama

sumbangan dari email Mona Zarina Bt Nekmat.