Wednesday, January 19, 2011

Kelebihan Bercium

Kelebihan Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.

** Noted: Ingat!! bahawasanya CIUMAN yang 'HALAL' je yg akan dpt kebaikan dan keberkatan.....

Tuesday, January 18, 2011

Hukum Pelaburan Emas

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia



Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.



JAWAPAN


Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)




DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.


3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

22 Oktober 2008

23 Syawal 1429 H

Wales, UK



Petikan info dari maybank2u.com.my




Benefits

Convenience of deposit, withdrawal and closing of GSPA account at any Maybank branch in Malaysia
Introduced by the country's largest bank, 100% backed by physical gold and in collaboration with the World Gold Council
Cheaper as gold prices quoted are pegged to international gold prices without additional charges
Ability to build a personal gold portfolio by purchasing gold in small amounts (minimum 5gms) regularly over a period of time
Opportunity for capital gain if the price of gold appreciates
Possible hedge against inflation
Who can apply

Individuals
Joint account - maximum 4 persons
How it works

The Gold Savings Passbook Account (GSPA) is an account that lets you invest in gold in a convenient, more secure and cheaper way. You can purchase gold in 999.9 fineness at all Maybank branches at daily quoted gold prices for 1gm in Malaysian Ringgit. All transactions will be recorded in your GSPA passbook.

Whenever you need to, you may conveniently withdraw from the GSPA at the prevailing gold price in the following ways:

Physical gold: Gold Wafers @ 10, 20, and 50 can be withdrawn at selected branches. A conversion charge to cover the shipping and insurance will be charged for the physical gold withdrawal
Gift Gold Certificate: The certificate can be made payable to a third party and is valid for 6 months. The certificate is non-negotiable, non-transferable and non-assignable. Hence, only the registered holders can redeem the certificates
Cash: The amount of gold holdings can be converted to Ringgit Malaysia at the prevailing market price. The amount in RM will be credited into your Maybank deposit account

the end.




Gold Account-i dari Kuwait Finance House.
Quote

0 #68 memang haram — muhammad 2010-11-06 01:23
Dah jelaslah public bank GIA ni haram..beli emas tp dpt buku akaun emas..x boleh tukar dgn emas
tp penggunaan duit kertas tu sendiri adalah haram sebenarnya, kertas yg diakui nilainya oleh badan pemerintah sesebuah negara
www.youtube.com/.../
Quote

+1 #67 halal/ haramkah? — fhyzhadam 2010-11-01 15:02
Ustaz, saya ada buat pembiayaan peribadi i- islah di bank rakyat, yang mana wang tersebut saya beli barangan kemas tersebut saya ingin pajak gadaikan di ar- rahnu bank rakyat untuk membuat pelaburan di unit trust berkonsepkan syariah seperti Public Mutual. Pembiayaan peribadi saya ada 13 tahun lagi sebelum diselesaikan. Apakah hukumnya ustaz? halal/ haramkah?
Harap ustaz dapat jelaskan..
Terima kasih.
Quote

0 #66 ibnmuhd — ibnmuhd 2010-10-18 15:29
Salam semua,

Untuk makluman semua, Kijang Emas dikeluarkan oleh Bank Negara. Harga jualan dan belian adalah ditetapkan oleh Bank Negara. Maybank hanya agent tunggal untuk menjual Kijang Emas. Setiap jualan Maybank akan menerima komisyen. Soalan saya pada UZAR adakah urusniaga sebegini dibolehkan dalam Islam? TQ
Quote

0 #65 jualbeli d pelaburan — shamin 2010-10-11 18:53
apakh perbezaan antara jual beli d pelaburan emas?
Quote

0 #64 akaun pelaburan emas maybank — halida 2010-10-03 01:22
Assalamualaikum ,
Bolehkah saya dapatkan kepastian tentang halal/haram akaun ini.
Terima kasih
Quote

+3 #63 Beli emas guna pinjaman arrahnu — myvi58 2010-09-06 16:40
salam semua..saya ada kemuskyilan sikit berkenaan dengan konsep pelaburan yang diperkenalkan oleh satu company emas ni, dibawah ni saya sertakan iklan oleh company tersebut. Adakah ianya dibolehkan didalam islam ataupun tidak.Harap UZAR dapat membantu ataupun sesiapa yang mempunyai ilmu dalam bidang ini.wslm..

Beli Emas Menggunakan Kaedah Pinjaman Ar-rahnu:
~ 50g belian secara tunai RM 7,000. (140.00/g)
~ 100g kami tambah untuk dimasukkan ke Ar-rahnu.
~ 50g emas anda dan tambah lagi 100g emas kami so...kat sini dah jadi 150g.
~ 150g tersebut akan dimasukkan dalam Ar-rahnu atas nama anda.
~ 65% dari pada nilai keseluruhan akan diberikan pinjaman (pinjaman bercagar)
~ Dari pinjaman tersebut anda baru boleh membayar untuk 100g yang kami tambah tadi.
Modal yang anda keluarkan iala RM7,000 untk 50g tapi dalam masa yang sama anda dapat 150g emas

Profit Anda:
1. Redemption dikala harga kat ar-rahnu naik.
2. Menjual semula dikala harga emas naik
3. Menjual terus kepada pelanggan dengan harga dibawah pasaran
4. Anda beli dengan kami dibawah harga pasaran
5. Jika tiada modal untuk tebus emas dalam Ar-rahnu kami akan dahulukan.
Quote

0 #62 e-dinar.com — bintMohamad 2010-07-25 05:56
Salaam,
Ustaz, nak tanya ttg pelaburan emas di e-dinar.com (www.e-dinar.com/html/4_0.html) services. i am wondering if its legitimate or not, iv tried to contact their branch in labuan, but faild, so as a financor, do u ever heard about it? e-dinar is incorporated in Labuan, Malaysia, as e-dinar Ltd., and in Dubai Internet City, UAE, as e-dinar FZ-LLC.
appreciate for ur atention and reply.
TQ
Quote

0 #61 aktiviti Pelaburan Emas kat Mybnk... — hamba ALLAH... 2010-05-15 04:24
Assalamualaikum Ustaz...

sya br p Mybnk kat area Psr Seni td...sya ada bertnya bebrp soalan berkenaan pelaburan emas kat Mybnk tu...ni utk perkongsian kta bersm...

saya mengajukn soalan ttg shariah compliance dan aktiviti pelaburan emas ni kpd org yg bertanggunjwb...

jwpnnya: pelaburan emas ni stil Xde shariah compliance...aktiviti pelaburan emas ni scr konvensional, ada unsur riba dlmnya bab berpandukn harga perdagangan emas dunia...

yg sya tau cme shariah compliance setkt ini adla Islamic Unit Trust...klo ada kekurangan ttg apa yg sya kata ni, minta Ustaz tlg perbtulkn ^_^
Quote

0 #60 emas-ansuran-haram — zamani 2010-05-02 23:45
Salam Ustaz,
Saje nak perkuatkan pemahaman...
-maknanya kalau beli emas/barang kemas secara ansuran tu haram lah ustaz...
-walaupun ansuran menggunakan kad kredit islam ke ustaz...
-alhamdulillah masih belum pernah buat ansuran barang kemas...


UZAR :

1) YE HARAM MENURUT EMAPT MAZHAB

2) GUNA KAD KREDIT ISLAM DALAM NEGARA ADA KHILAF. SEBAHAGIAN ULAMA KATA BOLEH KERANA BAYARAN MELALUI KAD KREDIT SLAM ITU DIKIRA BYRAN PENUH DAN BUKAN BERTANGGUH.
Quote

0 #59 Ramai tertipu dgn skim tersebut... — Pembaca_rawak 2010-03-26 17:18
Cuba baca kat Link nie..
jutawanemas.com/v1/
Quote

0 #58 Pelaburan Jongkong Emas — Haider 2010-03-19 23:21
Assalamualaikum Ustaz

Saya ingin tahu hukum pelaburan Jongkong emas
Setiap pelaburan adalah untuk 1 kg emas dengan harga semasa (sekarang @ RM150,000) untuk selama 3 bulan.
Setiap pelabur akan mendapat 1kg jongkong emas (99.99%) untuk di simpan setelah membuat bayaran RM150,000
Setiap pelaburan akan mendapat rebet sebanyak 2.5% @ RM3,750 untuk setiap bulan untuk 3 bulan masa pelaburan. (Setahun - pulangan 2.5% x 12 = 30%)
Selepas 3 bulan, pelabur boleh memulangkan jongkong emas dan mendapat balik wang RM150,000
Atau, pelabur boleh menyambung pelaburan dengan untuk 3 bulan selanjutnya dengan harga pasaran yang baru.

Ustaz - apa hukum pelaburan yang menjanji kan pulangan tetap @2.5% setiap bulan? Adakah ini digolongkan sebagai riba'
Quote

+1 #57 LELAKI — Mohd Rosmadi Bin Muhammad 2010-02-06 20:29
Salam Ustaz,bagaimana pula hukum kalau saya buat simpanan dalam akaun simpanan wang emas di bawah Maybank,adakah halal dari sudut pandangan Islam,insan yang ingin kepastian,terim a kasih
Quote

+2 #56 ansuran emas tanpa interest..haram tak? — mohd hasfarizan bin md hashim 2010-01-01 23:18
asslammualaikum ustaz..saya pohon pendapat ustaz tentang urusniaga yg telah saya ceburi
saya adalah seorang penjual emas fizikal..tentang penulisan ustaz pasal pelaburan emas..saya dah faham dan alhamdulillah saya tidak amalkan..cuma saya nak kepastian dari ustz..tentang beberapa situasi urusniaga emas..
situasai 1
saya membeli emas dengan ansuran..bayar 4kali..tetapi emas itu hanya akan saya dapat setelah saya habis bayar dan harga nya tetah ditetapkan dipersetujui pada awal perbincangan..contohnya katakan saya nak beli emas harga pada hari persetujuan itu katakan RM500 ikut harga emas semasa..dgn peretujuan itu saya bayar secara ansuran selama 4bln yakni 500/4=RM125 sebulan sahaja..selepas habis bayar emas itu, baru emas itu berada ditanggan saya..jadi soalan saya haram ke urusniaga ini dan ada riba ke urusniaga ini..
jika tiada riba dan halal..bagaimana nak kira tempoh zakatnya..adakah semasa proses persetujuan atau ketika emas itu ada ditanggan saya..
saya berharap ustaz dapat menjawab pertanyaan saya..saya amat-amat merayu agar ustaz tolong saya..sebab urus niaga itu sudah lama berlalu..jika salah tolong terbitkan dalam web ustaz..


UZAR : jika ikut fatwa dari empat mazhab, cara belian ansuran tu walau tak ada interest tetapi ia tetap RIBA kerana sebarang tangguhan beeerti riba an-nasiah
Quote

0 #55 ada unsur riba — kierah 2010-01-01 17:11
klu dh conventional..memang haram...ada unsur2 riba....

www.langsingmate5.com/jusmate5
Quote

0 #54 pelajar — kedahi 2009-12-16 17:47
salam..
ustaz, terbaru,pihak maybank hantar emel pd saya dgn mengakui bahawa akaun emas maybank adalah akaun konvensional...apa pandangan ustaz?
Quote

0 #53 emmmm — wan 2009-12-02 08:07
x payah tunggu mufti bg fatwa, kalu dah nama konvensional tuh , mmg compem haram punya, wat per nak pening2,kerna harta sanggup bg makan anok bini hasil yang shubhah.
Quote

0 #52 ... — zulkifli 2009-11-22 07:07
terima kasih ustaz akhirnya saya dapat jawapannya tentang zakat.
Quote


0 #50 emas - maybank islam or tak islam — mawaddah 2009-05-31 16:02
Salam uztaz, sudah lama posting ni. saya ingin tahu jika ustaz kini mempunya info terbaru mengenai pelaburan emas maybank, kerana ianya tidak diletakkan di bawah maybank islamic adakah masih diragui? tetapi jika dilihat pada persoalan yg ustaz berikan, rasanya semuanya OK with GSPA under Maybank. mohon 2cents advice dari ustaz.

jazakAllah.

UZAR : wallahu'alam, ada kemungkinan juga tu..
Quote

0 #49 Urusniaga menurut muamalat Islam — Along 2009-04-29 20:33
Salam Ustaz,
terima kasih dengan penerangan mengenai pelaburan emas masakini di bank Malaysia... Saya masih belanjar mengenai pasaran emas masakini ...
Terdapat jugak pelaburan emas melalui skim seperti Afa , Miggold , Etika Emas etc...
Tetapi saya lebih berminat mendapat emas on the spot .. maksudnya , ada duit baru beli emas ... Bagaimana dan syarat2x untuk berurusniaga sedemikian dengan harga emas sentiasa berubah mengikut permintaan semasa ? Ada sesetengah syarikat/bank yang menjual emas tetapi stok tiada dalam simpanan ,terpaksa menunggu pengeluar menghantar bekalan ... Bolehkah kita order/book dulu mengikut harga sekarang dan akan menjelaskan keseluruhan pembayaran bila masa penyerahan ? syarat ini ditetapkan oleh pihak penjual ...Bagaimana urusniaga dan transaksi membeli emas melalui internet ?
Quote

0 #48 haram la — hamba 2009-04-16 01:58
aku rase haram sebab memberi keuntungan secara tetap setiap bulan dapat sekian2 adalah haram.. tul x..

tapi etika ckp 300 tu diskaun setiap bulan.
x same ke dgn keuntungan setiap bln?

konfius
Quote

0 #47 Etika Emas....Halal or Haram???? — shaz 2009-03-22 08:42
Saya mohon diemailkan saya jawapan sama ada pelaburan emas di etika itu halal atau haram. Kerana saya benar-benar berminat untuk menyertainya....
Quote

0 #46 Luq 2008-11-21 12:55
Salam UZAR,

Saya ada terlibat dgn satu sistem perniagaan. Begini, sekiranya saya melabur 3800,saya akan dibayar dgn post dated cek sebanyak 4500 dlm masa 3 bulan (maknyenya saya dpt cek 1500 tiap-tiap bulan). Apakah pandangan UZAR tentang konsep biznes ini ?
Quote

0 #45 Rahman 2008-11-15 06:30
Salam,

UZAR apa hukumnya jual beli syiling lama (yang tidak lagi laku) tetapi syiling itu mengandungi perak/emas melalui online? Adakah jual beli syiling lama seperti syiling USA yang mengandungi emas dan perak jika dijual beli secara online juga dikira RIBA AN-NASIAH?

Harap jelaskan hukumnya. Pelaburan RARE COINS merupakan pelaburan yang baik ketika ini.

Terima kasih.
Quote

0 #44 ingin tau 2008-11-11 05:28
Ustaz, macam mana pula dengan hukum jual beli E-GOLD?

Setahu sy, E-GOLD adalah method utk membuat bayaran di internet. Tp utk mendapatkan E-GOLD ini, kita perlu berurusniaga (beli) dari pihak tertentu. Apakah hukum urusniaga ini?

Minta maaf klu soalan sy out of topic, tp sy amat berharap mendapat penjelasan ustaz. sekian, terima kasih.
Quote

0 #43 SAIFULBAHRI 2008-11-08 15:29
UZAR,

Saya dan wan_ly ada kemusykilan yang pernah diajukan di dalam shoutbox. Tapi mungkin UZAR terlepas pandang. Untuk itu saya tampalkan kemusykilan kami di sini. Harap UZAR ada kesempatan un tuk komen.


----------------------------------
# wan_ly "SAIFULBAHRI, UZAR: pada pendapat saya,urusniaga masih tertangguh kerana pmbayaran loan masih blum selesai. bermakna emas terssbut blum menjadi hak mutlaknya selagi mana blum byr loan habis. Harap UZAR tahkikkan. Syukron"

Details
2008-10-23 12:37 PM
Off

-----------------------------------
# SAIFULBAHRI "Pada ilmu saya yg cetek ni, tiada riba di situ krn syarat beli emas tlh dipatuhi. Byr cash dlm 1 majlis pd hrga emas tsbut. Akad pnjam duit dan akad beli emas saling x brkaitan krn ia akad berbeza dlm majlis bebeza. Hrp UZAR btlkn klu saya tersilap. Syukran."

Details
2008-10-22 11:30 PM
Off
-----------------------------------
# SAIFULBAHRI "Salam UZAR. Harap Allah beri ksmpatn jwb kmskiln ni. Kita wat qardul hassan, dgn duit tu kita beli emas cash. Atau financing dgn bank, beli emas cash dgn duit tu. Wujudkah riba di situ?"

Details
2008-10-22 11:23 PM
Off
-----------------------------------

Terima kasih atas jawapan ustaz.
Quote

0 #42 suhairi 2008-11-04 12:35
Saya kira soalan sy ini ada kaitan dgn persoalan muhammad & Mr T pd 23 Oct lepas di ruang comment pd website ust.

1 sykt menawarkan 1 skim dimana setiap 100g emas yg dibeli akan ditambah dengan 100g milik sykt. 100g yg dibeli itu akan ada akad, surat perjanjian & surat hak milik. Emas tersebut akan digadaikan kepada ar-rahnu bank rakyat bersama-sama emas milik sykt & ia akan menjadi sebanyak 200 gram (100g di atas nama saya) dan duit pajakan sebnyk 65% akan diberi kepada sykt tersebut utk membeli emas yg baru bg perniagaan seterusnya.

Keuntungan skim ini:
1. tiap bulan sykt akan memberi RM300 tetap selama 6 bulan.
2. "spot gold" di mana jika dalam tempoh 6 bulan itu harga emas naik, sykt akan menebus balik emas yg disimpan dari Ar-rahnu & di pajak balik utk mendapat keuntungan dari kenaikan harga emas td & keuntungan ini akan dibahagikan kepada kedua2 belah pihak.
3. Jual balik emas denagn harga semasa jika tamat kontrak.

Kontrak ini akan diperbaharui setiap 6 bulan,bergantun g kepada pekendak si pembeli,samaada ingin memeruskan atau tidak. Jika tidak diteruskan, sykt akan memberikan 100g kepada si pembeli & terserahkan kepada pembeli utk membuat apa sj. Jika pembeli berhenti sebelum habis tempoh 6 bulan, denda akan dikenakan tetapi emas itu masih lagi hak milik si pembeli.

Sykt/skim ini telah mendapat kelulusan dari bank negara. Apa pandangan Islam dalam program ini ? Minta jasa baik ust utk memberikan penjelasan.
Quote

0 #41 Remy UTHM 2008-11-03 07:19
Salam. info ini saya dapat dr kawan berkaitan dengan pelaburan emas.Harap dapat membantu pihak tuan

Etika Emas Sdn. Bhd. membuat penjualan EMAS TULIN 999.9 24K dan boleh dipajakkan ke dalam Skim Pajakan Ar-Rahnu Bank Rakyat(emas akan diteliti dan diperiksa oleh pihak bank).
Pihak bank akan mengeluarkan sijil atas nama pembeli sebagai pemajak emas tersebut.

Selain pajakan sebelum dijual kembali kpd Etika Emas(bergantung kpd pembeli) utk mendapatkan keuntungan mengikut harga semasa, pihak Etika Emas juga akan membayar RM300, RM600, RM900 atau RM1200 sebulan kpd pembeli selama mana emas tersebut dipajakkan kpd Bank Rakyat.

Pembayaran tersebut adalah hadiah/diskaun berjadual kpd pembeli hasil dari urusniaga Etika Emas, yg akan diterangkan kpd pembeli.
Bayaran bulanan tersebut adalah tetap sepertimana yg akan dicatatkan dlm perjanjian yg akan dibuat antara Etika Emas dan pembeli.

Potongan zakat atas simpanan itu akan diuruskan oleh Bank Rakyat dan Etika Emas.

Keuntungan pembeli :
1) Penjualan balik emas tersebut
mengikut harga pasaran atau harga ketika belian,
YANG MANA lbh tinggi
2)Pendapatan Bulanan
Bulanan RM300 : 6 bulan = RM1800,
1 tahun = RM3400 @
Bulanan RM600 : 6 bulan = RM3600,
1 tahun = RM7200 @
Bulanan RM900 : 6 bulan = RM5400,
1 tahun = RM10800 @
Bulanan RM1200 : 6 bulan = RM7200,
1 tahun = RM14400
3) 25% keuntungan dibayar kpd pembeli apabila harga emas meningkat mengikut kenaikan tertentu(dlm tempoh pajakan).
Quote

0 #40 Amin007 2008-11-03 07:19
"Written by Mr.T on 2008-10-23 23:50:41Assalamualaikum Ustaz.

Saya ada beberapa kemusykilan berkenaan pelaburan emas ini.

Saya bercadang membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50k di Bank Rakyat.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM40k akan dilaburkan di dalam pelaburan emas dengan sebuah syarikat yang dilantik oleh pihak bank. Dengan itu, saya dijanjikan sebanyak 4 ketul emas yang mana seketul berharga RM10k. (maaf, saya kurang pasti beratnya).

Dengan pelaburan ini, syarikat akan melaburkan emas saya di bank dan hasil daripada itu syarikat akan membayar saya sebanyak RM300 sebulan bagi seketul emas. Emas tersebut masih menjadi milik saya.

Dalam kes ini, saya akan mendapat pendapatan tetap sebanyak RM1200 sebulan sehinggalah saya bercadang untuk menjual semua emas saya.

Apa komen Ustaz berkenaan cara pelaburan ini?

UZAR : Ia haram krn riba, kecuali jika bank rakyat yg buat arrangement mungkin pensiahat shariah nya telah semak hukum , tatkala tu harus. tapi jika bank konvensional, maka jauhi lah"

haram??? tapi saya tak fikir yang bank rakyat terlibat sama pasal bank rakyat hanya buat gadaian aje kan

akad MR.T hanya dengan syarikat tu sahaja. lagipun bayaran tetap pada setiap bulan. mungkin persoalan disini, syarikat tu boleh buat untung setiap2 bulan dengan menjual emas???

tapi apasal dia tetapkan bayaran tu???
Quote
Refresh comments list

Monday, January 17, 2011

Doa seorang ibu

Assalamualaikum W.B.T Semua,
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istimewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Sebagai Ibu
 Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak dak masa nak buat yang baik.

 Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

 *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang ,so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

 Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

 Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
 Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
 Membaca quran sehingga menitis air mata.
 Memandang wajah ibu yg tidur / sedar hingga berlinang air mata.

 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
 Anak.
 Ibu.
 Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. 

 Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

 Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

 Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

 Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

 *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

 Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
 “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
 *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.


 Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

 Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
 “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
 “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

 *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal, maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

 Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

 *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
 Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

 Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd mereka.

 Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tapi tak pernah keluarkan zakat.

 Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

 Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

 *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang akan buat ibu kita bahagia di sana .

 Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

 *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat mereka dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

 Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.



Selalu Bergaduh Dengan Ibu
 Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
 Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
 Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
 Symptom terkena saka:
 Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
 Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
 Susah nak dapat anak, senang gugur.
 Ada rasa kelibat orang lalu.
 Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
 Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

 Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

 Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

 Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.


Anak Lari Dari Rumah
 Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

 Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.


Anak Degil
 *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
 Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam

ASTRO tip

Ni ada TIP untuk share. Anda mungkin mengalami gangguan penerimaan siaran ASTRO ketika hujan, angin kencang, awal tebal atau seumpannya.

1. Tekan Menu DSR/Satellite Signal dan tekan butang 3, 6, 9.

2. Anda akan dapat menu ' LO Frequency', disitu setting default sepatutnya 'Manual' dan frequency pada 10.000GHz. Keluar dari menu dan siaran anda akan disambung seperti biasa.

Teknik ini akan dicaj RM40-RM100 kepada pelanggan. Maka share dan buat sendiri. Jimat, mudah dan senang.

Selamat mencuba. Saya dapat info. ini dari Saudara Bahari Osman, Tech. Support, Dept. of Mech. Engineer, Universiti Tun Hussein Onn.

Terima kasih