SUJUD SYUKUR (secara ringkas )
Definasi : Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar.
Waktunya: Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat kenikmatan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya.
Dalilnya : Daripada Saidina Abu Bakar r.a menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik,beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala.
Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.
Rukunnya . 1.Niat.
2.Takbiratulihram
3.Sujud.
4.Memberi salam.
Syarat-syaratnya.Disyaratkan sujud dengan beberapa syarat.
a.Suci dari hadath besar dan kecil.
b.Suci dari najis samada di badan ,pakaian dan tempat sujud.
c.Menghadap kiblat.
d.Menutup aurat.
Cara-cara melakukannya.
1.Niat---SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA. ALLAHUAKBAR.
2.Mengangkat takbiratulihram,
3.Sujud ,seperti mana sujud dalam sembahyang wajib.
Bacaan dalam sujud.
1..SUBHANALLAH WALHAMDULILLAHI WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKHBAR. 3 kali.
2..kemudian berdoa di dalam hati .( kalau dilafazkan dalam bahasa melayu maka batallah sujud syukur tersebut).
A..Ya Allah aku bersykur di atas kurnian dan nikmatmu
B..Ya Allah aku bersyukur dengan rezeki yang telah Engkau berikan.
C..Ya Allah aku bersyukur di atas pemeliharaanMu dan keselamatan dari bencana dan malapetaka yang telah berlaku.
D..Ya Allah jauhilah rumah dan tempat kerja kami dari bencana dan malapataka.
E..Ya Allah kami berjanjiuntuk mentaati segala perintahMu dan menjuhi segala laranganMu.
4.Duduk selepas sujud lalu memberi salam.
Inilah secara ringakas cara sujud syukur yang mana ianya amat dianjurkan oleh Islam bila kita mendapat sesuatu yang mengembirakan kita.InsyaAllah kita dapat lakukan bila kita dikurniakan nikmat dan rahmat dari Allah.