Apa yang perlu anda tahu tentang pajak gadai .
Ramai pengguna berfikir bahawa pajak gaadi merupakan cara yang mudah ,selesa dan cepat untuk mendapatkan wang . Ia memang betul jika anda dapat menebus balikbarangan yang digadai. Namun anda boleh ditipu oleh pekedai paajak gadai yang tidak jujur. Oleh itu , anda perlu berwaspada supaya tidak tertipu atau terpedaya.
Definisi:
A ) Pemegang Pajak Gadai
Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar pemegang pajak gadai. Ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang lain sebagai cagaran untuk pembayaran balik wang yang tidak lebih dari RM5ooo.oo yang telah didahulukan . Sebagai contoh : A , seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan RM1oo.oo kepada B yang memerlukan wang itu.Sebagai jaminan untuk pembayaran balik wang itu, B telah meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas . A di sini disifatkan sebagai seoarang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai. Begitu juga halnya dengan seorang yangmembeli atau menerima barang-barang dan meminjam kepada kepada oang itu sejumlah wang tidak melebihi RM5ooo.oo dengan satu perjanjian atau persetujuan bahawa barang itu boleh dibeli kambali atau ditebus berdasarkan syarat-syarat tertentu.
B ) Pemajak Gadai
Akta mendefi nisikan pemajak gadai sebagai seorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk dipajak gadi kepasa seseorang pemegang pajak gadai. Akta juga memperuntukkan bahawa golongan-golongan tertentu tidak boleh menjadi pemajak gadai. Ini termasuklah orang yang dalam keadaan mabuk dan golongan di bawah umur 16 tahun. Seorang kanak-kanak, misalnya tidak boleh diminta oleh ibu-bapanya membawa barang tertentu unutk digadaikan. Sekatan yang dikenakan ke atas golongan ini adalah berasakan prinsip am undang-undang bahawa orang yang tidak berkeupayaan untuk melibatkan diri dalam apa-apa transaksi undang-undang.
Perlu Sentiasa Beringat.
~ Semak tarikh luput.Anda tidak boleh menuntut barang selepas tarikh luput kecuali kedai pajak gadai bersetuju memanjangkan tempoh berkenaan.
~ Selepad tarikh luput , semua barangan yang digadai yang nilainya kurang dari RM200.00 akan menjadi kepunyaan kedai pajak gadai berkenaan dan bukan kepunyaan anda lagi.
~Semua barang yang tidak ditebus yang nilainya melebihi RM200.00 boleh dilelong oleh kedai pajakgadai.Anda berhak mendapatkan baki wang yang tinggal daripada jualan barang berkenaan selepas ditolak semua kos gadaian.
~ Pemegang pajak gadai perlu menghantar notis berdaftar kepada pemajak gadai mengenai tindakan untuk melelong barangan.Notis ini perlu diterima oleh pemajak gadai tuuh hari sebelum urusan perlelongan.
~Pemajak gadai dinasihatkan unutk memberi alamat semasa apabila memajak barangan atau memaklumkan sebarang pertukaran alamat secara bertulis kepada pemegang pajak gadai .Ini adalah penting untuk memastikan notis-notis pemberitahuan perlelongan yang dihantar oleh pemegang pajak gadai .
~Kedai pajak gadai adalah bertanggungjawab atas kehilangan atau kemusnahan akibat kecurian atau kebakaran.
~ Sentiasa mendapatkan resit setiap kali anda membuat urusan pembayaran.
~ Jika kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi ( lebih dari 2% sebulan ) ke atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara ini kepada pekabat Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
~Jika anda kehilangan resit/tiket gadaian anda berhak mendapatkan salinannya secara percuma.
~Jika anda measa bahawa gadaian anda berkurang nilai atau jika kedai pajak gadai enggan meyerahkan gadaian anda, buatlah adauan kepada majistret.Majistret mempunyai kuasa untuk memerintah kedai pajak gadai untukmemebayar ganti rugi yang manasabah.
~Pastikan kedai pajak gadai yang anda berurusan memepunyai lessen yang sah.
~Semak buku catatan kedai pajak gadai untuk memastikan bahawa kandungannya adalah sama dengan surat pajak gadai yang anda terima.
Dari Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ( NCCC ).